Ahad, Julai 17, 2011

TUMBUK ANWAR ATAU TUMBUK POLIS

Kalau ya pun marah takkan sampai nak tumbuk Anwar yang dah pun kena tumbuk. Siapa yang tumbuk Anwar? Siapa lagi kalau bukan bapak polisi yang dulu tu yang suka berdehem................ Kenapa nak tumbuk Anwar? Sebab depa kata Anwar dah bagi rugi kenduri dia, pulak dah! Kerugian RM 45 ribu, wau! banyaknya, dah buat report ka? Dah, tuduh Anwar yang rugikan. Seluruh jalan kat Kuala Lumpur polis yang tutup bukan Anwar yang suruh tutup tapi kenapa Anwar nak disalahkan. Tutup jalan kerja polis yang suruh menteri Umno bukan Anwar yang suruh Anwar tidak mempunyai sebarang kuasa. Harap puan Kamariya tuduh polis dan menteri Umno yang bertanggungjawab, bersih perhimpunan aman nak tuntut SPR supaya adil dan bebas, jangan buat kerja ikut telunjuk Umno. Nama pengundi tukar sana tukar sini, buat aduan tak layan pun, berbuih mulut ahli parlimen pakatan rakyat suruh perbetulkan tapi haram tak buat, tak dengar pun....... tu nak suruh ikut saluran yang betul, saluran yang betul tang mana? Kata kata pengerusi SPR macam senada dan seirama saja bunyinya dengan Tuan Presiden Umno.

Pusat hiburan di seluruh negeri Kedah akan ditutup operasinya pada bulan ramadhan, Menteri Besar melawak saja tu. Ditutup untuk rakyat yang berugama Islam, nak suruh mereka menghormati bulan ramadhan dan bertaubat. Jangan dok seronok suka sangat pada bulan ramadhan nanti, ramai ramailah mengimarahkan masjid. Jangan jadi macam blogger Umno tu pandai nak menegur moral orang tapi dok teguk ayaq(air) setan, moral sendiri tak terjaga.

Kawan saya bangsa cina cerita, dulu dia selalu pergi minum minum kat satu pub di Auto City, Prai, dia kata kat situ tak boleh tahan. Saya tanya kenapa? Wah........ wa(saya) tak boleh tahan kat itu pub banyak melayu, dia olang kalau mabuk aaa suka laba laba wa punya badan, ini melayu kalau mabuk minum satu botol serupa minum sepuluh botol oooo. Sekarang wa tak pergi itu pub tak boleh tahan, wa pi lagi satu punya pub sana ada banyak pompuan melayu............ minum pun banyak senang, talak olang kacau........


Dimanakah Umno nak letak moral kemelayuannya yang mengaku Islam dan menuduh PAS tidak Islamik.

DUA KERAJAAN YANG BERBEZA

Projek kerajaan negeri Kedah


Projek kerajaan pusat

Realiti yang sebenar apa yang terjadi di negara kita Malaysia hari ini. Gambar atas iaitu projek kerajaan negeri hanya tertera perkataan PROJEK KERAJAAN NEGERI, walaupun negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan pakatan rakyat menunjukkan keadilan bahawa ia memerintah negeri yang rakyatnya berbilang kaum, berbagai fahaman ugama dan parti politik. Gambar di atas juga tidak menyentuh soal kepatian yang memerintah sesebuah negeri.

Amat berbeza sekali dengan projek kerajaan pusat yang ditulis PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL disertakan dengan lambang dacing yang mewakili gabungan parti parti. Apakah wujud kerajaan Barisan Nasional ini, sedangkan negara kita Malaysia mempunyai hanya kerajaan Malaysia saja dan selain dari itu kerajaan negeri. Kerajaan Malaysia kerajaan yang berpelembagaan, adakah kerajaan Barisan Nasional itu haram atau haramjadah?

Fikirkanlah dua yang berbeza itu.







Sabtu, Julai 16, 2011

SUARA DARI MIMBAR

Kalau sebut saja barang naik itu berkaitan dengan Umno BN, apa saja naik pada masa ini itulah Umno BN, pelopor segala kenaikkan. Bila diajukan persoalan tentang kenaikkan minyak kepada wakil wakil bawahan Umno BN mereka kata "ingat minyak boleh dikorek kat parit, kat longkang ka", inilah jawapannya. Kalau boleh korek kat parit longkang, stesyen minyak pun boleh tutup dan rakyat jelata korek parit longkang saja dah dapat minyak.

Angin bersih 2.0 masih lagi bertiup kencang, kedengaran di sana sini perkataan yang diharamkan dan pantang disebut, tidak boleh didengar oleh Umno BN yang seakan fobia mendengarnya yang hanya suka akan kekotoran saja selain dari bersih. Perkataan bersih amat menyakitkan telinga Umno BN apabila mendengar bersih bersih bersih. Adakah Umno BN marah jika kita laungkan Umno BN kotor Umno BN kotor Umno BN kotor. Tentulah marah........

Umno BN sememangnya tidak suka akan bersih sehingga terdengar suara dari mimbar masjid mempertikaikan akan kehadiran sesiapa pun diperhimpunan bersih adalah bodoh bertarikh pada jumaat 8 july 2011, tidak habis di situ kedengaran sekali lagi di mimbar yang sama pada 15 july 2011 khatib telah menghukumkan sesiapa yang menyertai perhimpunan bersih boleh dihukum pancung. Hebat........ memang hebat......... Teluk Bakung, Parit, Perak memang terkenal dengan Umnonya sehinggalah ke masjidnya dan ahli jawatan kuasa yang sangat totok keUmnoannya. Tidakkah berasa malu mengutuk pas berpolitik di dalam masjid sedangkan diri sendiri menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

"Wahai ahli ahli Umno sedarlah perbuatan menipu itu hanya merosakkan diri sendiri, marilah berjuang kejalan yang benar dan nyata untuk kebaikkan dunia dan akhirat bersama sama menyertai PAS".

Jumaat, Julai 15, 2011

BAJU KUNING BERSIH 2.0 DIRAGUT KAPTEN TUDM

Bersihnya T-shirt bersih 2.0 sebersih hati pemakainya yang mempunyai semangat juang yang tinggi menyebabkan ada dikalangan umno BN fobia dan troma apabila melihat akan warna kuning yang menyucuk mata sehingga menyampahnya sampai kehati nurani walau memakai kacamata hitam sekalipun. Saya juga tertarik dengan T-shirt bersih yang lagi suci bersih yang susah nak dapatkannya, semua kawan kawan bertanya nak beli tang mana? Kesempatan saya ke Kuala Lumpur dua minggu sebelum perhimpunan bersih saya berjaya juga akhirnya mendapat T-bersih melalui kawan kawan, benda ada nak dapatkannya susah.

Satu kes terpencil nun di Sg. Dua Butterworth berlakulah episod kejar mengejar diantara motorbike mengejar motor kapcai, hanya sekali pulas minyak saja dah dapat motor kapcai tu yang penunggangnya remaja memakai T-bersih kuning barang siapa melihatnya pasti tertawan jika umno BN memandangnya tidak keruan dan tak boleh tidur malam.

Maka dapatlah moto kapcai yang dikejar itu, kapten yang menungang motorbike terus menunjukkan kad kuasa tentera TUDM, terbeliak mata remaja motor kapcai tu sambil merasa hairan. Kapten suruh remaja kapcai buka T-bersih yang dipakainya lalu merampas T-bersih itu dan berkata "kalau hang nak baju ni hang pi ambik kat ghumah aku, faham". Mat kapcai hanya terkedu tak memakai baju dan memang dah tahu yang rampas baju tu umno piang.

Apakah kita boleh sewenang wenangnya menggunakan kad kuasa tentera di mana mana?
Apakah kad kuasa itu melangkaui kuasa kuasa polis?
Tidak malukah kepada jiran jiran atas tindakan itu?

Berlagaknya kita orang kampung yang akan perhatikan, sekarang satu kampung dah tahu cerita guna kuasa bukan di tempatnya. Kapten baru setahun jagung............

Isnin, Julai 11, 2011

BERSIH 2.0


B-Berdikari E-Emosional R-Ramah S-Suci I-Idealistik H-Harum
Siapa yang tak mahu bersih, semua orang mahu BERSIH, semua orang suka BERSIH, kanak kanak sehingga orang dewasa pun mahukan BERSIH. Kenapa Umno BN tak suka BERSIH? Kerana Umno BN lebih suka kepada kekotoran untuk terus kekal berkuasa dan memerintah negara supaya rakyat percaya negara Malaysia adalah kepunyaan Umno dan Barisan Nasional sebagaimana sekarang ini telah tercatit di seluruh negara iaitu perkataan yang amat meloyakan dan suka menunjuk nunjuk kebaikan, perbuatan mereka kepada rakyat yang tidak boleh berfikir dan diperbodohkan "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Wujudkah kerajaan Barisan Nasional itu? Inilah kerajaan haram, yang halal hanya KERAJAAN MALAYSIA yang berpelembagaan.

Tujuan perhimpunan BERSIH diadakan untuk memBERSIHkan segala kekotoran yang ditelah dikotorkan oleh Umno BN, untuk memBERSIHkan segala kekotoran itu, BERSIH membawa 8 tuntutan untuk disampaikan kepada YANG DIPERTUAN AGONG. Apakah benda yang kotor dan tersangat kotor itu? Dan apa yang perlu diBERSIHkan?
Senarai tuntutan yang perlu diBERSIHkan yang telah dikotorkan oleh Umno BN:
  1. BERSIKAN SENARAI UNDI
  2. MEREFORMASIKAN UNDI POS
  3. GUNAKAN DAKWAT KEKAL
  4. AKSES MEDIA BEBAS + ADIL
  5. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Kenapa Umno BN troma dan fobia dengan perhimpunan BERSIH dan senarai tuntutan di atas? Sedangkan mereka sendiri yang cipta kekotoran itu dan kenapa mereka gentar dengan gertakkan BERSIH. Kenapa gunakan pasukan keselamatan(PDRM) untuk menyelamatkan diri dari BERSIH. Ayoh marilah kita berfikir sejenak untuk membetulkan dan menyelamatkan negara kita ini diperintah oleh Umno BN.

"WAHAI PEMUDA PEMUDI HARAPAN BANGSA, PENGUNDI PEGUNDI AYOH KITA BUAT PERUBAHAN UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA DARI DIKOTORKAN LAGI OLEH UMNO BN".