Khamis, November 18, 2010

MAJLIS KURBAN PAS CAWANGAN KG. SIAM

Ahli jawatankuasa majlis program kurban


Tekun dan kerjasama

Program majlis kurban dewan pemuda pas cawangan kampung Siam, Lunas Kedah yang telah disambut di Dewan Hj. Man pada hari pertama Aidil Adha diadakan dengan jayanya. Sepanjang program majlis telah berjalan dengan lancar atas kerjasama ahli cawangan dan penduduk kampung. Kejayaan mengadakan majlis kurban kali pertama telah memberi semangat kepada ahli cawangan yang mana mungkin semangat itu akan berterusan pula untuk mengadakan majlis yang sama pada tahun depan-Insyaallah.

Selasa, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Salam aidil adha buat sahabat handai di mana jua anda berada, maaf zahir dan batin.

Rabu, September 08, 2010

SALAM IDULFITRI

Salam Idulfitri kepada sahabat handai di mana jua anda berada.

MAAF ZAHIR BATIN.

Selasa, Februari 23, 2010

JUARA RAKYAT JUARA TOLAK HUDUD

Fenomena Juara Rakyat kini di mana-mana, merekalah Juara Rakyat yang sebenar. Apakah benar UMNO-BN sebagai Juara Rakyat. UMNO-BN berbangga kerana mereka memerintah, berkuasa, membangunkan negara lama dah.......... UMNO-BN mahukan rakyat sedar, membuka mata seluas-luasnya untuk melihat kejayaan UMNO-BN membangunkan negara tetapi di sebaliknya kekayaan negara adalah menjadi milik mereka. Mereka tidak berasa tergugat dengan kemewahan, kuasa yang mereka miliki dan mereka juga tahu rakyat sebenarnya akan berfikir tidak apa, biarlah asalkan boleh kerja, makan cukup, hidup aman dan bila ada pilihan raya dah tentunya rakyat akan pilih calon JUARA RAKYAT. Apabila rakyat buta tentang politik mudahlah pemimpin JUARA RAKYAT memperkotak-katikkan rakyat seperti lembu dicucuk hidung dan ditarik kemana jua.

Apakah benar UMNO-BN JUARA RAKYAT.
a) PPSMI-Pembelajaran sains dan metametik dalam bahasa inggeris, kenapa ditangguh sehingga 2012 sebab apabila UMNO-BN berkuasa semula pada PRU13 nanti segala kemungkinan akan berlaku dan sudah tentulah PPSMI akan disambung terus. Anak-anak kita mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza iaitu cemerlang, sederhana dan lemah begitu juga tahap pendidikan ibubapa di bandar dan luar bandar. Cemerlang sudah tentu pencapaiannya kian meningkat bagaimana pula tahap anak-anak yang sederhana dan lemah, tentunya mereka akan ketinggalan dalam dua mata pelajaran yang diinggeriskan. Salahkah jika matapelajaran bahasa inggeris ditambah masa pembelajarannya dan tidak melibatkan matapelajaran sains dan matemetik. Yang pandai terus cemerlang, yang lemah terus ketinggalan.

b) Enjin Jet hilang-Bagaimana boleh hilang? Siapa bagi hilang? Dah berapa lama hilang? Sejak bila hilang? Mengapa boleh hilang? Kemana menghilang? Siapa punya kerja bagi hilang? Siapa menteri pertahanan ketika itu? Sarjan bagi hilang? Mana mungkin sarjan bagi hilang............. Ada jet pun jatuh sana jatuh sini.

c) Royalti minyak-Perjanjian Petronas dan kerajaan Kelantan. Nama pun perjanjian andai kita engkar perjanjian atau melanggar perjanjian bermakna ada kesalahan di situ. Sekiranya mungkir janji itu adalah antara salah satu sifat orang MUNAFIK.
Wang Ihsan-Hanya untuk orang susah dan diberi ketika melihat seseorang dalam kesusahan. Kenapa Royalti digantikan dengan Wang Ihsan sebab kerajaan pusat tidak mengikhtiraf kerajaan negeri Kelantan dan UMNO-BN sebenarnya mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS. UMNO-BN cuba membantutkan pembangunan di Kelantan dengan cara mengelakkan pemberian royalti minyak, inilah cara UMNO-BN menekan orang-orang melayu Kelantan supaya memilih mereka semula pada PRU13 nanti. AWASLAH JUARA RAKYAT.

d) Undang-Undang-Menjadi satu permainan bagi UMNO-BN.

e) Jalan Mini Tar-Bila nak pilihanraya UMNO-BN sibuk buat jalan mini tar sampai depan pintu rumah supaya orang kampung nampak UBN mendahului rakyat. Kenapa buat bila nak pilihanraya?

Inikah yang dikatakan JUARA RAKYAT.

Selasa, Februari 09, 2010

GHENYEH SAMPAI KE TELINGA

Teka teki siapa menteri besar Perak yang sah telah pun terjawab atau memang dah dijangkakan kemenangan itu. Terlaksanalah sudah impian lanun dari Pulau Pangkor itu sebagai MB yang sah di sisi undang-undang. Kita tengok saja nanti lakonan-lakonannya di media-media masa. Puak-puak UBN gembira sakan la dalam seminggu dua ni. Janganlah kita mengharapkan sangat kemenangan melalui undang-undang, kita harus sedar bahawa UBN dah memerintah negara terlalu lama dan kita mesti ingat bukan mudah untuk mengejar satu kemenangan, bukan mudah juga untuk mencapai satu impian dalam pilihanraya PRU13.

Bolehkah kita merubah fikiran rakyat yang ada di antaranya telah disetkan mindanya sehingga mereka tidak boleh berfikir akan sesuatu kebenaran. Cubalah anda bayangkan masih terdapat dikalangan orang dewasa maupun orang muda percaya bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu adalah UMNO, minda mereka telah disetkan oleh UMNO yang sememangnya parti itu mahukan rakyat jadi begitu supaya memudahkan mereka mencapai kemenangan dalam pilihanraya dan kekal memerintah. Sememangnya rakyat sendiri merelakan diri mereka diperbodohkan, saya pernah bertanya pada seorang kawan, "Adakah lambang dacing itu sebenarnya lambang kerajaan Malaysia?", jawapan yang saya terima adalah ya sebab kawan saya itu dari puak UMNO. Sebab itulah mereka mempertikaikan kenapa orang PAS hantar anak ke sekolah kerajaan, puak UMNO ni percaya kerajaan itu adalah UMNO, lambang dacing dan lambang kerajaan Malaysia pun tidak boleh nak dibezakan inikan pula kes makamah. Puak UMNO ni hanya percaya berita akhbar dan berita TV saja yang selain daripada itu mereka tak percaya, media-media perdana itulah saja berita mereka sebab itulah mereka tidak boleh menilai sesuatu perkara.

Tahniah kesabaran buat Nizar, PRU13 kita buktikan sekali lagi, insyaallah kemenangan menyebelahi kita. PAS Perak perlu bekerja lebih keras lagi untuk mencapai kemenangan pada PRU13 nanti. BUBARKAN DUN PERAK.

Isnin, Januari 11, 2010

POTONG POTONG POTONG POTONG

Negara kita dah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai nilai jati diri serta saling memahami tentang kehidupan masyarakat berbilang kaum, ugama dan bangsa. Kemajuan negara dan kepesatan pembangunan dewasa ini menunjukkan rakyat malaysia boleh bersaing dengan bangsa bangsa lain di seluruh dunia. Pemikiran kita tidaklah terkebelakang, negara kita tidaklah ketinggalan dari segi teknologi masakini dan sebagainya. Kenapakah masih terdapat manusia manusia berfikiran sempit serta tidak memahami nilai murni kehidupan berbilang kaum, ugama dan bangsa. Seolah olah segalanya tidak dihirau, dengan mempunyai kuasa sedikit akulah berkuasa, aku belajar undang undang aku tahu untuk melaksanakan dan tak perlu siapa untuk mengajar aku tentang undang undang.

Kalau begini fikiran kita tentunya amat malang sekali, mengapakah sanggup meletakkan kuasa mengatasi undang undang dan nilai murni berbilang kaum, ugama atau menggunakan kuasa undang undang untuk menidakkan kepentingan sesuatu kaum dan ugama. Apa yang peliknya penghakiman tiada langsung mengerti tentang sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan ugama. Janganlah kita hairan, hari ini penghakiman menyatakan dia berkuasa, esok pula rayuan penghakiman menyatakan tersilap(baca undang undang pun boleh silap) . Macam mana boleh tersilap pun tak tahu lah...........
Bubarkan DUN P.... ALLAH nama yang AGUNG.

Kakitangan kerajaan mula mengeluh, rakyat mengeluh lama dah........., harga gula naik tak banyak 20 sen saja sekilo, kalau beli lima kilo dah menjadi parah. Anak anak di asrama kebiasaanya balik dua minggu sekali tetapi sekarang disuruh balik tiap tiap minggu, apa dah jadi ni.........., yuran asrama dinaikkan Rm 3 ringgit. Janganlah kita hairan seandainya nanti ada sekolah di tempat kita, bekalan air dan elektrik dipotong atau terdapat sekolah berhutang bayaran bil air dan elektrik. Lebih kurang RM 30 ribu setahun belanja itu dan ini cukupkah untuk sebuah sekolah selama setahun, fikirkanlah. Klinik 1Malaysia di merata, potong sana potong sini, alaun kakitangan kerajaan pun dengar khabar akan di potong mudahlah nanti, bila buka pintu rumah saja maka nampaklah klinik 1Malaysia yang nak jadi juara.

Baru baru ni ADUN aku yang keluar PKR dah berani turun padang bersama sama puak UMNO, berapa lamakah situasi itu, kita tuggu dan lihat...........

Ahad, Januari 03, 2010

2010 KEMANAKAH ARAH KITA?