Jumaat, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA

Salam aidil adha-maaf zahir batin.

Sabtu, September 19, 2009

SALAM AIDIL FITRI

Salam aidil fitri buat semua, maaf zahir dan batin.

Isnin, Ogos 31, 2009

BUBARKAN DUN LUNAS

Pegundi Lunas dah tak mahu Radzhi.

Pengkhianat yang tak buat kerja.

Sampai paling awal dan bersedia.

SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52.

Merdeka! merdeka! merdeka! Betul ke kita dah merdeka segala-galanya atau merdekakah kita dari pemerintah yang zalim.

Sambutan merdeka dan demo bubarkan DUN Lunas hanya dibenarkan selama sepuluh minit sahaja yang turut dihadiri pemimpin kawasan iaitu yang dipertua PAS Pdg. Serai Hj. Fauzi Tahir dan ahli parlimen Keadilan Pdg. Serai N. Gobalakrisnan sempat menyampaikan sedikit ucapan semasa perhimpunan diadakan. BUBARKAN DUN LUNAS.

Ahad, Ogos 30, 2009

KOSONGKAN SEGERA KERUSI DUN LUNAS


Kemerdekaan negara ke 52 tahun akan disambut esok, Lunas akan menyambut kemerdekaan negara esok dengan demontrasi aman supaya kerusi DUN Lunas dikosongkan dengan segera oleh penyandangnya Radzhi Salleh yang kini BEBAS. Datang beramai-ramai esok ke Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrisnan di Taman Halia, jalan Paya Besar berhadapan stesyen minyak Mobil pada jam 9 pagi. Ayuh beramai-ramai kita kesana. Kalau boleh kita patah-patahkan kerusi itu dan diganti baru yang lebih tahan dan mantap.

Jumaat, Ogos 28, 2009

PASIR TETAP PASIR

Semangat pemuda.

Putra UMNO terkena batu terbang.

Perayu muslimat gigih berjuang.


Keadaan di Permatang Pasir pada hari mengundi.

Permatang Pasir masih lagi dalam suasana kemenangan, hari ini aku baru dapat kesempatan untuk menulis setelah terima "on call" dari tempat kerja pada hari mengundi. Batu terbang di Permatang Pasir provokasi yang di mulakan oleh UMNO, putri dan pemuda berselerak mengelak batu terbang penangan pemuda penyokong PAS untuk membalas provokasi UMNO.

Kemenangan calon pilihan PAS Hj. Salleh Man kali ini menutup segala fitnah dan tomahan yang tidak berasas UMNO di prk Pmtg. Pasir walaupun kedengaran UBN dapat mengurangkan majoriti undi tetapi adakah benar perkara itu berlaku sedangkan perbezaan pengundi turun mengundi hanya 73.1 peratus, berbeza peratus yang lepas lebih kurang 80 peratus. Hari bekerja faktor utama jumlah pengundi turun mengundi berkurangan. Kemenangan PAS di Pmtg. Pasir mengekalkan penguasaan PAS di situ dan pasir tidak boleh jadi emas, pasir tetap pasir.

Selasa, Ogos 25, 2009

PERMATANG PASIR JOM MENGUNDI

Calon pilihan Hj. Mohd. Salleh Man.

Pusat mengundi Kg. Permatang Pasir.


Borang yang menjanjikan ada pulangan yang agak lumayan untuk pengundi luar yang aku terima pada hari ahad lalu jika diisi dan dikembalikan.



Hari ini hari penentu di DUN Permatang Pasir, apa yang dapat digambarkan insyaAllah PAS menang dengan majoriti 1300 hingga 3000 undi. Teka teki ini akan terjawab malam nanti, banyak orang meramalkan sedemikian kerana pada kebiasaan pilihanraya kecil keputusan begitu. Mudah-mudahan ALLAH swt. memberi kemenangan kepada Parti Islam seMalaysia(PAS) InsyaAllah.......Takbir........





Isnin, Ogos 24, 2009

DARI PERMATANG PASIR KE LUNAS

Kelmarin ketua cawangan UMNO bagi aku borang pengundi luar dan suruh isi, dia kata tak kira dari parti mana. Katanya lagi aku masih ahli UMNO bermakna kedudukan ahli-ahli UMNO yang masuk ke parti lain tidak lupus ahlinya di dalam UMNO, sebab itulah ahli UMNO sehingga kini dan selamanya berjuta. Aku sudi mendengar celotehnya dan sedikit berkempen, pesannya lagi tolong isi dan hantar ke pusat urusetia di Bkt. Merah, aku akan dapat habuan agak lumayan. Aku mengiyakan saja. Aku memang pegundi di DUN Permatang Pasir. Jika UMNO sanggup mencari pengundi luar aku harapkan PR pun boleh buat begitu-mulakan dari sekarang.

Sekarang wakil rakyat aku dah jadi BEBAS, biarkan dia BEBAS kalau ada pun menyusahkan saja dan bermacam-macam masalah tak henti-henti. Bekas ketua cabang Keadilan Jamaludin Abu hasan atau Din Komando tok sah dok cakap banyak, tok sah dok cakap pandai, orang Paya Besar tahu sapa hang sebenarnya. Patut la kawan-kawan pun dah tak mai sembang kerna dapat habuan.

Ahad, Ogos 23, 2009

HARI INI PERMATANG PASIR & LUNAS DAH DIJANGKA

Hujan di Pekan Penanti dan di seluruh Dun Permatang Pasir pada waktu pagi sehingga petang.


Perayu undi berbangsa Cina dari Tanjung Piandang, Perak sedang menerima pemeriksaan kesihatan secara percuma di rumah Perak.

Para muslimat menerima pemeriksaan percuma di rumah Perak pekan Permatang Pauh.

Perayu undi dari Taman Kucai, Lunas sedang bersedia untuk menjalankan tugas merayu undi.

Muslimat Wilayah Persekutuan sedang menunggu arahan untuk merayu undi di kampung Paya, Bkt. Mertajam.

Suasana pagi di Kubang Semang.

Keadaan cuaca hujan pada waktu pagi sehingga petang tidak melemahkan semangat petugas-petugas dan perayu undi di DUN permatang Pasir walaupun menerima berita tidak menyenangkan mengenai wakil rakyat DUN Lunas Razdi Salleh keluar PKR pagi tadi.

Memang dah dijangkakan dari dulu lagi, sembang-sembang di kedai kopi di Kulim dan daerah Pdg. Serai telah pun terjawab hari ini. Banyak kerja-kerja terbengkalai dan lembab kerana wakil rakyat yang kini Bebas jarang turun padang sehingga beberapa kali di tegur oleh Datuk Sri Anwar. Cakap tak serupa bikin PA wakil rakyat Bebas itu banyak menimbulkan onar di Lunas, memang dah dipecat tetapi masih mengaku jadi PA wakil Bebas. Khabar angin bertiup kencang mengatakan PA wakil Bebas, bekas ketua cabang keadilan Pdg. Serai Jamaludin atau Din Komando yang sememangya dah dipecat dan menyamar sebagai PA itu dikatakan bersekongkol dengan Khairi Jamaludin untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kedah.






PERMATANG PASIR-PASIR DAH JADI EMAS


Keaadaan di Bkt. Merah tegang disebabkan oleh peyokong UMNO-BN yang terlampau, perbuatan mencatas bendera-bendera PAS digantikan dengan bendera BN dan gambar besar Rohaizat loyer cabok menaikan kemarahan petugas-petugas PAS di Permatang Rambai. Perkara ini berlaku sejak dua hari lepas, petugas PAS telah menggantung poster dan bendera pada jam dua tiga pagi, bila lihat jam tujuh pagi kelihatan bendera sudah ada di atas rumput dan di dalam parit berdekatan pusat gerak kerja BN di Bkt. Merah.

UMNO-BN berjanji akan membangunkan Permatang Pasir jika kemenangan berpihak kepada parti itu, walhal kenapa dulu tidak dibangunkan tetapi sekarang nampak kekalutan UMNO-BN menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas kerajaan pusat. Janji-janji kosong, wang ringgit, kurma madu, kain batik, kain pelikat dan terkini kain telekong menjadi agenda pemberian wanita dan puteri UMNO-BN di kampung-kampung sewaktu merayu undi.

Janji-janji yang ditabur oleh UMNO-BN berselerakan di Permatang Pasir sehinggakan pasir pun boleh jadi emas.

Jumaat, Ogos 21, 2009

PERMATANG PASIR ALIM SEKETIKA

Persiapan di rumah Perak pekan Permatang Pauh.

Pemuda PAS Permatang Rambai sedang sibuk menyediakan jamuan pemuda.

BBQ menu pilihan pemuda PAS Permatang Rambai, Permatang Pasir.

Jamuan pemuda PAS Permatang Rambai dan Permatang Pasir serta majlis bacaan yasin telah diadakan di rumah Puan Kamariah di Permatang Rambai. Kehadiran para muslimat untuk menyempurnakan bacaan yasin yang diketuai oleh Imam masjid Permatang Pasir, majlis berjaya disempurnakan dengan sokongan para muslimat.

Malam pertama Ramadan DUN Permatang Pasir tampak ceria oleh sipemakai telekong untuk menunaikan solat Terawih pemberian UMNO yang disertakan buah kurma dan sedikit wang belanja dapur. Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat kemas bertudung, tidak terasa panas dan rimas, sanggup berlakon secara percuma. Tentera sibuk membuat titi laluan untuk Timbalan Perdana Menteri ke bangunan sekolah Permatang Pasir yang baru. Adakah Permatang Pasir hendak berperang? Untuk apa tentera ditugaskan di DUN Permatang Pasir?

UMNO sanggup mengupah Mat Bangla mencatas poster dan bendera PAS kemudian digantikan dengan poster dan bendera BN di Bkt. Merah. Lahabau betoi.........


Rabu, Ogos 19, 2009

PERMATANG PASIR

Pusat khidmat masyarakat bekas ADUN Permatang Pasir.

Rumah Perak berdekatan Masjid Permatang Pauh jalan menuju ke Permatang Pasir.

Suasana di Permatang Pasir.


Bermacam-macam fitnah dilemparkan ke atas Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam siri ceramah UMNO berdekatan simpang tiga Berapit, Bkt. Mertajam menunjukkan UMNO tidak berupaya untuk berlawan politik dengan PAS. Kelemahan penceramah politik UMNO mendorong parti itu akan tersungkur lagi kali ini-InsyaAllah.

Isnin, Ogos 17, 2009

DUA NAMA TIDAK BOLEH DISEBUT ADA VIRUS H1N1

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakhrisnan serta isteri hadir pada hari penamaan calon Pakatan Rakyat dari Parti PAS sebelum ditangkap.


AL-tantuya nama yang tidak boleh disebut pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bukan mempunyai virus H1N1 tetapi entah kenapa nama itu tidak boleh disebut, mungkin nama itu ada sesuatu di sebalik kematiannya. Sekarang nama Dewa 1Malaysia diantara nama yang mungkin tidak boleh disebut mahupun dieja atau ditulis. Entah kenapa nama Dewa 1Malaysia tidak boleh disebut dan disentuh. Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrisnan telah melaungkan kata-kata semangat bersama para penyokong Pakatan Rakyat di IKBN Bkt. Mertajam meraikan calon dari Parti PAS Ustaz Salleh Man tetapi beliau telah tersasul menyebut nama Dewa 1Malaysia itu sehingga seorang anggota polis menolak beliau hingga jatuh dan ditangkap.

Ahli Parlimen Padang Serai itu ditangkap atas alasan mencetuskan provokasi politik, tiada yang bebas dewasa ini untuk kita bersuara atas nama demokrasi. Undang-undang diperlekehkan, suara rakyat dipermainkan, memimpin bukan keiklasan apa lagi kehidupan rakyat tiada jaminan.

PENAMAAN CALON N11 PERMATANG PASIR





Penamaan calon N11 DUN Permatang Pasir di IKBN Bukit Mertajam dalam suasana meriah dan bersemangat, walaupun dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri supaya tidak hadir kerana wabak H1N1 mungkin untuk melemahkan para penyokong PR. Hampir 15.000 orang pada jam 9 pagi dan mungkin kehadiran akan bertambah lagi pada jam berikutnya. Kehadiran dua Tuan Guru Datuk Hj. Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Datuk Sri Hj. Nik Abdul Aziz serta para pemimpin Pakatan Rakyat Datok Sri Anwar Ibramim dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan lagi semangat kepada para penyokong Pakatan Rakyat.

InsyaAllah PAS menang diPermatang Pasir.

Ahad, Ogos 16, 2009

PERMATANG PASIR

Pusat mengundi di kg. Permatang Pasir.

UPU PAS kg. Petani bergotong royong mendirikan khemah untuk persediaan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Pengundi Cina akan memberi undi yang lebih besar untuk PAS pada PRK kali ini dari sumber-sumber yang dipercayai, adakah benar kita lihat saja nanti keputusannya. Majoriti undi yang lebih besar diharapkan oleh PAS kali ini-InsyaAllah.

Sabtu, Ogos 15, 2009

N11 PERMATANG PASIR



Pemasangan khemah Polis di Penanti

Ustaz Salleh Man calon pilihan PAS di N11 DUN Permatang Pasir akan dicabar oleh Rohaizat Othman BN. UPU PAS diseluruh DUN Permatang Pasir telah bersedia menerima tentangan dari BN, persiapan sedang giat dijalankan.

UMNO menunjukkan kerakusannya terlebih awal telah menaikkan, menggantung bendera-bendera BN dan UMNO di kawasan Bkt. Merah dan Permatang Ara. PAS mengharapkan kejayaan majoriti yang lebih besar pada PRK kali ini.

Jumaat, Ogos 14, 2009

1MALAYSIA 2HARAM

Negara Malaysia hanya ada satu saja tiada dua, semua orang pun dah tahu samada yang tak sekolah mahu pun yang sekolah. Jika Negara Malaysia ada satu, kerajaannya pun tentunya ada satu dan tidak pernah wujud dalam satu negara mempunyai dua tiga kerajaan selain mempunyai kerajaan negeri. Sebenarnya UMNO mahu memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia tetapi rakyat tidak dapat diperbodohkan oleh UMNO melainkan para penyokongnya sendiri yang telah disetkan minda mereka itu seolah-olah telah dipukau.

1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Andainya pencapaian diutamakan janganlah rakyat dulu dikenakan dengan pelbagai kenaikan. Di negara kita memang pelik dari dulu kini dan selamanya, 1Malaysia 2kerajaan. 1kerajaan halal dan yang 1kerajaan haram, 1kerajaan yang mempunyai perlembagaan iaitu KERAJAAN MALAYSIA yang halal dan lagi satu yang haram 1kerajaan tidak mempunyai perlembagaan yang dilihat menggunakan lambang dacing di seluruh negara seperti gambar di atas. Kerajaan Barisan Nasional memang kerajaan haram, Barisan Nasional adalah komponen parti yang bergabung memenangi pilihanraya untuk mengurus dan mentadbir negara sahaja.

1Malaysia 2haram, 1Kerajaan Barisan Nasional haram dan satu lagi kerajaan haram j...h yang mentadbir negeri PERAK sekarang. Lanun memang suka duduk di pulau-pulau .......................

Selasa, Ogos 11, 2009

SALAM 1 MALAYSIA

Dulu setakat ada Jom heboh, heboh selalu tapi sekarang dah heboh 1Malaysia pasal Dewa 1Malaysia di Batu Caves. Sebut saja 1Malaysia, rakyat sudah faham apa itu 1Malaysia sebab 1Malaysia kenaikkan tambang bas, insuran kenderaan, pemakaian tali pinggang keledar belakang, kenaikkan minyak dan macam-macam lagi akan naik.

Sebelum ini dicorong-corong media lektronik kedengaran dengan permulaan kata-kata assalamualaikum tapi masa dah berubah kini dengan salam 1Malaysia, apa dah jadi. Apakah bangganya kita bila menyebut salam 1Malaysia sedangkan memberi salam dengan assalamualaikum adalah lebih baik dan berpahala.

1Malaysia rakyat didahulukan, 11 hadiah untuk rakyat tetapi penduduk kampung Buah Pala tidak dapat walau satu hadiah pun, andai rakyat didahulukan tentunya masalah kampung Buah Pala dah selesai. 1Malaysia rakyat didahulukan tentunya rakyat di DUN Permatang Pasir akan menerima hadiah-hadiah yang akan dibawa ke DUN itu, tidak diketahui lagi apakah hadiah itu dibawa dengan Helikopter atau menggunakan beg hitam. RM100.000 untuk setiap mesjid dan RM30.000 untuk setiap surau di Parlimen Permatang Pauh harus dituntut oleh rakyat di Permatang Pauh, bila lagi peruntukkan itu hendak diberi? Inilah janji-janji sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri di mesjid Guar Perahu, Penanti pada PRK Parlimen Permatang Pauh. Mesjid itu juga menyaksikan pemberian replika cek kosong RM100.000 dan bersumpah tidak mengenali ALtantuya.

Khamis, Ogos 06, 2009

Kerugian Terlampau

Perhimpunan aman mansuhkan ISA sudah dilaksanakan oleh pejuang-pejuang yang berani walaupun memorandom gagal disampaikan kerana dihalang oleh pihak berkuasa namun suara rakyat telah memberi amaran kepada pemerintah bahawa ISA tidak releven lagi. Kedengaran kini tuntutan-tuntutan yang tidak menasabah dan mustahil dari persatuan-persatuan penjaja Bumiputera menuntut kerugian berlipat ganda. Tuntutan RM 10 juta bagi 1000 penjaja, bermakna setiap penjaja mengalami kerugian sebanyak RM 10 ribu pada 1 Ogos lepas.

Kerugian RM 10 ribu setiap penjaja bermakna keuntungan penjaja setiap hari sebanyak RM 10 ribu atau penjaja menilai kerugian mengikut jumlah pengunjung Ibu kota paling ramai pada 1 Ogos lalu untuk mansuhkan ISA. GMI tidak boleh dipersalahkan kerana GMI tidak ada alat untuk menembak gas pemedih mata, tidak ada water canon untuk menyembur air berasid
membabi buta dan tidak ada kuasa mengarahkan premis perniagaan ditutup.

Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) perlu menyiasat penjaja-penjaja ini adakah mereka telah membayar cukai perniagaan atau sebaliknya.

Rabu, Ogos 05, 2009

RM 10 JUTA

Tiga Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh pengerusinya Rosli Sulaiman membuat tuntutan kerugian sebanyak RM 10 juta dari GMI (Gerakan Mansuh Isa) akibat daripada perhimpunan mansuh ISA pada 1 Ogos lalu. Tidak sepatutnya kerugian itu dituntut keatas GMI sedangkan perhimpunan itu adalah aman. Polis yang mengarahkan premis peniaga ditutup dan pihak polis juga telah menyembur air berasid ke arah penyokong-penyokong GMI sehingga terkena penjaja-penjaja di sekitar kawasan perhimpunan.

Pihak persatuan sepatutnya menuntut segala kerosakkan serta kerugian hari itu pada Kementerian Dalam Negeri dan polis kerana peniaga mengharapkan keuntungan pada hari itu berlipat ganda dari biasa. Peniaga sudah mengetahui dari awal lagi perhimpunan GMI akan diadakan di Ibu Negara tentulah peluang ini tidak dilepaskan untuk mengaut keuntungan, tetapi apakan daya pihak polis terlebih dahulu memulakan provokasi dengan melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air berasid untuk menyuraikan perhimpunan aman GMI.

ISA sewenang-wenangnya dikenakan ke atas ahli politik pembangkang, sepatutnya untuk penggugat keamanan negara. Akibat rakus untuk mengekalkan pemerintahan ISA disalah gunakan. Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi dan bebas bersuara penggunaan ISA haruslah berprotokol.

Isnin, Ogos 03, 2009

TINDAKAN PROVOKASI


Majlis Perbandaran Kulim(MPK) telah menjalankan operasi pemutihan peniaga kecil, peniaga roda tiga, peniaga gerai tepi jalan di daerah kulim. Kebanyakkan peniaga-peniaga kecil tidak mempunyai lesen perniagaan dan berniaga di tepi jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya. Tindakan saman, sita dan memberi notis amaran telah dikenakan keatas peniaga kecil yang terdiri daripada Ibu tunggal, peberhentian kerja kerana kegawatan ekonomi dan peniaga tetap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

MPK seharusnya menyediakan tempat yang sesuai untuk peniaga-peniaga kecil berniaga bukan menjalankan tindakan menyaman semata-mata. Sepatutnya MPK mencari sumber yang lebih bersesuian dengan selogan KEDAH SEJAHTERA, bukan dengan hanya menjalankan saman terhadap peniaga.

Kehadiran Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrisnan turun padang untuk menyelesaikan isu peniaga kecil pada 29 julai lalu bersama-sama pemimpin kawasan serta MKK dan perbincangan pendaftaran miskin tegar di kawasan Parlimen Padang Serai. Topik hangat yang dibincangkan dalam perjumpaan itu mengenai tindakan provokasi para pegawai MPK bahawa
tindakan saman dan sebagainya adalah arahan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang arahan sedemikian serta surat pekeliling.

Provokasi itu merupakan usaha-usaha untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Kedah dimata rakyat. Masih ada wujud peranan UMNO di Majlis Perbandaran Kulim itu. Kerajaan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan permainan politik umno yang kian meruncing dan terhakis dewasa ini.

Jumaat, Julai 31, 2009

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL


Al-fatihah untuk YB Hamdan Abdul Rahman ADUN Permatang Pasir(PAS), Permatang Pauh telah kembali keRahmatullah pagi tadi di IJN. Beliau memenangi kerusi DUN Permatang Pasir, Permatang Pauh pada pilihanraya 1999 hingga 2008 selama dua penggal.

Kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu sekali lagi pilihanraya kecil akan diadakan. Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir pada PRK yang akan diadakan dalam masa yang terdekat. Pada plihanraya Umum 1999 menyaksikan pengundi-pengundi di Parlimen Permatang Pauh ditukar tempat mengundi ke Parlimen Bukit Mertajam. Sehingga kini masih terdapat pengundi yang ditukar ke Parlimen Bukit mertajam masih kekal mengundi di sana.

Pakatan Rakyat harus mempertahankan kerusi milik PAS itu dan senantiasa berwaspada dengan taktik kotor BN yang semakin rapuh. Tipu helah yang jijik sudah menjadi sebati dengan jiwa mereka. Ayuh beramai-ramai kita kePermatang Pauh.

Rabu, Julai 29, 2009

PENGUMUMAN

Cecibo blog masih dalam percubaan dan tercari-cari dalam membuat kemaskini blog, mohon kemaafan jika ada berlaku sebarang kesilapan diluar atau diblog ini.

PENYESALAN KARTIKA


Kesedaran dan penyesalan pada dirinya haruslah menjadi pengajaran buat muda mudi di seluruh pelusuk negara pada era globalisasi dunia tanpa sempadan. Muda mudi harapan bangsa dan negara seharusnya mempunyai integriti diri supaya boleh mengelakkan gejala yang tidak sihat dan merosakkan diri sendiri. Keruntuhan moral dan akhlak muda mudi kita kini semakin serius, teknologi masakini memainkan peranan penting dalam menghakis nilai moral dan akhlak.

Keputusan Makamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda Rm 5.000 dan enam sebatan terhadap modeling sambilan Kartika sari Dewi adalah satu keputusan berani dan yang pertama di Malaysia. Keputusan Makamah Syariah itu seharusnya menjadi contoh kepada Makamah Syariah di seluruh Negara. Para Hakim perlu berani membuat keputusan dan tidak harus takut dengan kuasa pemerintah pada hari ini. Keputusan hukuman itu perlu adil pada setiap orang yang melakukan kesalahan itu.

Enam sebatan, denda Rm5.000 menyedarkan dan pengajaran buat Kartika, ia lebih memahami kesalahan yang dilakukan itu lantas percaya bahawa hukuman Makamah Syariah adalah adil bagi dirinya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Sharizat Abdul Jalil amat terkejut dengan keputusan Makamah Syariah Kuantan itu, tetapi dalam Hukum Hudud hukuman bagi pesalah minum arak 40 kali sebatan malah ada Ulamak mengatakan sehingga 80 sebatan. Jika 40 sebatan hukuman dijatuhkan mungkin Menteri Pembangunan Wanita itu lebih terkejut lagi seolah-olah dihumban dari tingkat 14.





Hukuman Makamah Syariah itu tidak sama seperti hukuman Makamah Sivil sehingga mengangkat tangan melepasi paras bahu.
1-Tiada hukuman sebat pesalah wanita dalam kes sivil.
2-Bagi pesalah wanita hamil, hukuman sebat dijalankan selepas dua bulan melahirkan anak.
3-Pesalah wanita disebat dalam keadaan duduk manakala lelaki dalam keadaan berdiri.
4-sebatan dilakukan dalam kadar sederhana, tangan tukang sebat lurus, paras bahu dan tidak melebihi paras kepala.
5-Alat sebat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas dan buku.
6-Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter ukur lilit tidak melebihi o.012 meter.
Enakmen tatacara jenayah syariah 2002 Negeri Pahang.

Rabu, Julai 22, 2009

MANSUH ISA


Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Kuasa mutlak berkenaan ISA telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Melalui ISA, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan pihak polis menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri dan tempoh itu boleh disambung tanpa had maksimun.

Penahan boleh dibuat tanpa perlu membawa mereka yang dituduh ke mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak. Bermakna orang yang tidak bersalah juga boleh ditahan mengikut kehendak Menteri.

ISA BERCANGGAH DENGAN HAK ASASI MANUSIA DAN ARTIKEL 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN DI BAWAH ARTIKEL 5,6,7,8,9,10 DAN 11 DEKLARASI HAK ASASI ANTARABANGSA.

Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh warganegara Malaysia menyatakan bantahan dan mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta ISA sebelum anda dan keluarga anda menjadi mangsa kezalimannya.

Ahad, Julai 19, 2009

CHUA LOMPAT PKR


Petanda baik pilihanraya umum ke 13 sudah nampak di mata. PR perlu mengukuhkan kerjasama antara parti-parti PAS, PKR dan DAP untuk menuju kejayaan yang sempurna. Isu-isu terkini perlu di selesaikan secara profesional.

Keputusan Datuk Chua Jui Meng beralih arah ke PKR menampakan lagi kejayaan PR bakal ke Putra Jaya. Bekas menteri kesihatan itu telah mengumumkan keluar dari MCA untuk menyertai PKR di majlis forum anjuran PKR di sebuah hotel di bandar Sunway.

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenanjung untuk melakukan perubahan telah memberi semangat baru kepada Datuk Dr. Chua Jui Meng menyertai PKR disusuli pula trajedi yang menimpa Teoh Beng Hock. Beliau memegang jawatan selama 23 tahun sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri Muar, Johor. Turut bersama beliau menyertai PKR bekas ahli Parlimen Lumut.

Apa yang diharapkan lebih ramai lagi akan menyertai PR pada masa akan datang. Beg hitam tiada pada PR tetapi ada di Manek Urai.