Jumaat, Ogos 09, 2013

KENAPA GOLONGAN MUNAFIK SUKA MEMFITNAH






Inilah budaya nilai-nilai murni yang diterapkan kepada ahli-ahli dan penyokong UMNO-BN samaada baru nak menyokong atau penyokong tegar. Bila kita menyokong UMNO-BN akan menjadi satu keseronokkan untuk membuat fitnah apa saja tidak kira halal atau haram. Begitulah juga dengan para pemimpin UMNO-BN sama saja.

Salah satu daripada sifat orang-orang munafik ialah FITNAH, inilah kerja-kerja orang munafik kalau tak fitnah memang tak sah.

" JANGAN KITA BIASAKAN KERJA-KERJA FITNAH INI KERNA BOLEH MEROSAKKAN MASYARAKAT".





SALAM AIDIL FITRI

Salam aidil fitri maaf zahir dan batin.

Ahad, Mac 17, 2013

UMNO - JANJI DICEPATI



Demi survival politik Umno-Bn sanggup membuat apa saja asalkan dapat mengekalkan kuasa walaupun dengan pelbagai tomahan serta memfitnah Anwar untuk menidakkan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya. Umno parti Melayu terkenal dengan permainan politik fitnah serta sanggup menuduh secara melulu. Apakah orang Melayu di bawah kepimpinan Umno tidak boleh berfikir atau fikiran penyokong Umno telah di kebelakangkan seperti 50 tahun dulu.

Apakah kepakaran Umno serta penyokongnya boleh buat apa saja?
Lihat saja gambar di bawah ini, kalau tak buat fitnah bukan Umno laa...................


Cerekarama sex bahagian dua ciptaan Umno.



Anwar dituduh pelbagai agen, agen Amerika, agen CIA, agen Israel, agen Yahudi, agen China dan terkini sebagai agen Sulu dan selepas ini Anwar nak dituduh jadi agen apa pula.
Mungkinkah Anwar akan dituduh jadi agen insuran?    


Adakah terputus sahabat diantara Umno dan Sulu?



Inilah akibatnya bila terlalu rakus dengan kuasa politik, Umno sanggup berbuat apa saja demi survival politiknya. Janji ditepati kenapa dengan Sulu janji tak ditepati.
Apa yang diberi dan apa pula yang dijanjikan.

Sabtu, Mac 16, 2013

UMNO PERLEKEH 7 DOSA BESAR


Najib memperlekeh 7 dosa besar dalam Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Kelantan.

7 dosa besar itu yang ditujukan pada Pas:
1) Gagal mempertahankan kesucian agama Islam.
2) Membenarkan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
3) Gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan. 
4) Membenarkan pemimpin DAP membotakkan tanah tinggi Lojing.
5) Mempermainkan matlamat perjuangan Pas.
6) Dosa Tian Chua terhadap isu Lahat Datu.
7) Tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP).

Inilah fatwa baru Najib yang dicanang di Kelantan dan selepas itu lidah beliau kelu serta terperanjat beruk apabila melihat khemah-khemah terbang dipukul ribut yang berlaku di depan mata.
Kenapa ribut itu berlaku?     





Gambar-gambar khemah diterbangkan ribut.


Dan inilah kenyataan sebenar tentang dosa-dosa besar.
Bacaan surah An-Nisa', ayat 48-49:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.

Daripada hadis ini, dapat disenaraikan 7 dosa besar iaitu:
  1. Syirik kepada Allah
  2. Sihir
  3. Membunuh
  4. Makan harta anak yatim
  5. Makan riba
  6. Lari dari medan jihad
  7. Menuduh perempuan baik berdosa

Ulama menambah lagi berdasarkan kandungan daripada hadis-hadis Nabi SAW yang berasingan.
  1. Derhaka kepada ibubapa
  2. Berzina
  3. Minum Arak
  4. Berjudi
  5. Mencuri

Oleh itu, ada 12 dosa besar untuk dijauhi. Orang yang berdosa besar, solatnya tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecilnya berbanding dengan orang yang tidak melakukan dosa besar.
- Ustaz Dato' Abu Hasan Din - 

Ahad, Mac 10, 2013

PERKASA ATAU PERKASAM






Lihat saja gambar-gambar di atas kita boleh menilai intigriti diri perjuangan PERKASA maupun penyokong serta kepimpinan yang hanya lantang  bercakap apabila hak-hak orang melayu dipertikai oleh pihak tertentu. Perjuangan PERKASA hanyalah retorik semata-mata untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak-hak orang melayu samalah juga sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO. UMNO-PERKASA tiada perbezaannya dan semuanya sama belaka.

Konvoi bermotosikal PERKASA di Alor Setar baru-baru ini untuk mempertahankan nama ALLAH sangat memualkan. PERKASA sebenarnya berjuang untuk orang melayu saja bukan berjuang untuk agama Islam dan meletakkan agama Islam itu di tempat yang teratas sekali di bumi Malaysia ini.

Nama ALLAH yang mana satu mereka nak pertahankan sedangkan nama ALLAH itu lah yang Esa hanya satu. PERKASA buat konvoi nak pertahankan nama ALLAH tetapi UMNO membenarkan Bible ditulis dalam bahasa melayu. Kenapa nak kecoh.

Apakah barisan ulama Umno yang akan dibariskan pada PRU 13 nanti boleh menasihatkan serta menegur penyokong akar umbi hinggalah kepada pemimpin mereka yang di atas sana ikut apa yang Islam gariskan dalam cara berpakaian. Lihatlah keadaan gambar-gambar di atas mereka-mereka itu tidak layak untuk mempertahankan nama ALLAH yang maha Esa.









Rabu, Februari 20, 2013

UMNO BARISKAN ULAMA PRU13















Lihatlah gambar-gambar di atas, fikirlah, kenapa mereka jadi begini, apakah boleh Ulama Umno memperbetulkan mereka-mereka ini supaya menjadi manusia yang bertamadun atau menjadi Ulama dicucuk hidung mudah ditarik kesana-kemari.  

Benarkah Umno-B end akan pertaruhkan golongan ulama sebagai calon pada PRU13 nanti. Sekiranya benar sanggupkah golongan ulamak menegur kepimpinan yang salah laku dan korupsi dalam Umno-B end. Pada ahli biasa Umno-B end pun susah nak ditegur mahupun nak dibentuk siasah diri inikan pula nak menegur perilaku dan korupsi pemimpin tertinggi Umno-B end. Sesuaikah ulama dengan parti umno yang terang-terang menolak Hudud dilaksanakkan di Kelantan. Ulama yang betul-betul memperjuangkan Islam tidak akan duduk di dalam tong tahi yang susah untuk dibersihkan apatah lagi sudah sebati dengan jiwa dan raga. Umno tidak belajar dari kesilapan dan tidak mengakui mereka itu berbuat silap.

Mantan PM Dr. M bersyair lagi tentang Hudud PAS. PAS nak melaksanakan HUDUD adalah hukum dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh parti PAS. Apakah Dr. M nak melaksanakan HUDUD yang sebenar sebagaimana beliau mahukan. Jika benar Dr. M mahu HUDUD yang sebenar hanya Umno saja yang boleh melaksanakannya iaitu "HUDUD UMNO".

Belajarlah ilmu akhirat buat pengetahuan ilmu barat.

       

STADIUM RUNTUH LAGI



Kerangka bumbung Stadium Sultan Mizan, Terengganu runtuh lagi buat kali kedua. Kenapakah runtuhan kesekian kali berlaku lagi. Adakah jurutera yang dilantik tidak cekap dalam mengkaji kekuatan kerangka itu atau menggunakan bahan yang kurang bermutu. Adakah berkemungkinan berpunca dari tidak memandang serius cara kerangka itu dibina mengikut kesesuaian bahan atau akibat dari terlalu banyak komisen nak di beri sehingga menyebabkan kontraktor yang dilantik mengambil jalan mudah untuk menyediakan bahan yang rendah grednya.

Kebiasaannya satu-satu projek di negara kita Malaysia terlalu mahal belanjanya dan tidak berkualiti, kadang kala ada projek yang terbengkalai akibat kontraktor yang dilantik terpaksa memberi komisen kepada kroni-kroni Umno-B end.

"INILAH MALAYSIAKU"  

Ahad, Februari 10, 2013

UMNO

Parti melayu yang penuh dengan kemelayuannya. Melayunya UMNO bukan kerana namanya tetapi kerana pemimpinnya melayu yang tidak layu. Satu parti melayu yang pernah diharamkan dan didaftarkan semula pada tahun1987. Sejarahnya ia ditubuhkan pada tahun 1946, di antara pengasasnya ialah Sir Harold McMicheal nombor ahli: #000006. Kenapa orang putih ini terlibat dengan penubuhan parti melayu yang namanya diinggeriskan tetapi ahlinya di kalangan melayu. Inilah matlamat penjajah untuk menutup mata, telinga dan pemikiran orang melayu sehingga kini.

Istimewanya UMNO.
Parti yang paling disukai penjajah.
Melaksanakan kesinambungan penjajah hingga ke hari ini.
Mengkhianati parti PAS ketika bekerjasama satu ketika dulu.
Menolak perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Mengekalkan rasuah (BR1M, KR1M dan seterusnya....).
Menggalakkan komisen.
Menggalakkan ahli jadi samseng.
Menggalakkan ahli tunjuk bontot (tak kira tua, muda, lelaki, wanita, putra maupun puteri).
Menghakis nilai murni pada ahli-ahlinya.
Juara fitnah seluruh dunia.
Dan banyak lagi..............

"SATU UNDI UNTUK UMNO-BN SATU PENGKHIANATAN PADA NEGARA"




   

Sabtu, Februari 09, 2013

GONG XI FA CAI

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada kaum Tiong Hua di seluruh Malaysia.