Rabu, Februari 20, 2013

UMNO BARISKAN ULAMA PRU13















Lihatlah gambar-gambar di atas, fikirlah, kenapa mereka jadi begini, apakah boleh Ulama Umno memperbetulkan mereka-mereka ini supaya menjadi manusia yang bertamadun atau menjadi Ulama dicucuk hidung mudah ditarik kesana-kemari.  

Benarkah Umno-B end akan pertaruhkan golongan ulama sebagai calon pada PRU13 nanti. Sekiranya benar sanggupkah golongan ulamak menegur kepimpinan yang salah laku dan korupsi dalam Umno-B end. Pada ahli biasa Umno-B end pun susah nak ditegur mahupun nak dibentuk siasah diri inikan pula nak menegur perilaku dan korupsi pemimpin tertinggi Umno-B end. Sesuaikah ulama dengan parti umno yang terang-terang menolak Hudud dilaksanakkan di Kelantan. Ulama yang betul-betul memperjuangkan Islam tidak akan duduk di dalam tong tahi yang susah untuk dibersihkan apatah lagi sudah sebati dengan jiwa dan raga. Umno tidak belajar dari kesilapan dan tidak mengakui mereka itu berbuat silap.

Mantan PM Dr. M bersyair lagi tentang Hudud PAS. PAS nak melaksanakan HUDUD adalah hukum dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh parti PAS. Apakah Dr. M nak melaksanakan HUDUD yang sebenar sebagaimana beliau mahukan. Jika benar Dr. M mahu HUDUD yang sebenar hanya Umno saja yang boleh melaksanakannya iaitu "HUDUD UMNO".

Belajarlah ilmu akhirat buat pengetahuan ilmu barat.

       

STADIUM RUNTUH LAGI



Kerangka bumbung Stadium Sultan Mizan, Terengganu runtuh lagi buat kali kedua. Kenapakah runtuhan kesekian kali berlaku lagi. Adakah jurutera yang dilantik tidak cekap dalam mengkaji kekuatan kerangka itu atau menggunakan bahan yang kurang bermutu. Adakah berkemungkinan berpunca dari tidak memandang serius cara kerangka itu dibina mengikut kesesuaian bahan atau akibat dari terlalu banyak komisen nak di beri sehingga menyebabkan kontraktor yang dilantik mengambil jalan mudah untuk menyediakan bahan yang rendah grednya.

Kebiasaannya satu-satu projek di negara kita Malaysia terlalu mahal belanjanya dan tidak berkualiti, kadang kala ada projek yang terbengkalai akibat kontraktor yang dilantik terpaksa memberi komisen kepada kroni-kroni Umno-B end.

"INILAH MALAYSIAKU"  

Ahad, Februari 10, 2013

UMNO

Parti melayu yang penuh dengan kemelayuannya. Melayunya UMNO bukan kerana namanya tetapi kerana pemimpinnya melayu yang tidak layu. Satu parti melayu yang pernah diharamkan dan didaftarkan semula pada tahun1987. Sejarahnya ia ditubuhkan pada tahun 1946, di antara pengasasnya ialah Sir Harold McMicheal nombor ahli: #000006. Kenapa orang putih ini terlibat dengan penubuhan parti melayu yang namanya diinggeriskan tetapi ahlinya di kalangan melayu. Inilah matlamat penjajah untuk menutup mata, telinga dan pemikiran orang melayu sehingga kini.

Istimewanya UMNO.
Parti yang paling disukai penjajah.
Melaksanakan kesinambungan penjajah hingga ke hari ini.
Mengkhianati parti PAS ketika bekerjasama satu ketika dulu.
Menolak perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Mengekalkan rasuah (BR1M, KR1M dan seterusnya....).
Menggalakkan komisen.
Menggalakkan ahli jadi samseng.
Menggalakkan ahli tunjuk bontot (tak kira tua, muda, lelaki, wanita, putra maupun puteri).
Menghakis nilai murni pada ahli-ahlinya.
Juara fitnah seluruh dunia.
Dan banyak lagi..............

"SATU UNDI UNTUK UMNO-BN SATU PENGKHIANATAN PADA NEGARA"




   

Sabtu, Februari 09, 2013

GONG XI FA CAI

Selamat menyambut tahun baru Cina kepada kaum Tiong Hua di seluruh Malaysia.