Jumaat, Julai 31, 2009

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL


Al-fatihah untuk YB Hamdan Abdul Rahman ADUN Permatang Pasir(PAS), Permatang Pauh telah kembali keRahmatullah pagi tadi di IJN. Beliau memenangi kerusi DUN Permatang Pasir, Permatang Pauh pada pilihanraya 1999 hingga 2008 selama dua penggal.

Kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu sekali lagi pilihanraya kecil akan diadakan. Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir pada PRK yang akan diadakan dalam masa yang terdekat. Pada plihanraya Umum 1999 menyaksikan pengundi-pengundi di Parlimen Permatang Pauh ditukar tempat mengundi ke Parlimen Bukit Mertajam. Sehingga kini masih terdapat pengundi yang ditukar ke Parlimen Bukit mertajam masih kekal mengundi di sana.

Pakatan Rakyat harus mempertahankan kerusi milik PAS itu dan senantiasa berwaspada dengan taktik kotor BN yang semakin rapuh. Tipu helah yang jijik sudah menjadi sebati dengan jiwa mereka. Ayuh beramai-ramai kita kePermatang Pauh.

Rabu, Julai 29, 2009

PENGUMUMAN

Cecibo blog masih dalam percubaan dan tercari-cari dalam membuat kemaskini blog, mohon kemaafan jika ada berlaku sebarang kesilapan diluar atau diblog ini.

PENYESALAN KARTIKA


Kesedaran dan penyesalan pada dirinya haruslah menjadi pengajaran buat muda mudi di seluruh pelusuk negara pada era globalisasi dunia tanpa sempadan. Muda mudi harapan bangsa dan negara seharusnya mempunyai integriti diri supaya boleh mengelakkan gejala yang tidak sihat dan merosakkan diri sendiri. Keruntuhan moral dan akhlak muda mudi kita kini semakin serius, teknologi masakini memainkan peranan penting dalam menghakis nilai moral dan akhlak.

Keputusan Makamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda Rm 5.000 dan enam sebatan terhadap modeling sambilan Kartika sari Dewi adalah satu keputusan berani dan yang pertama di Malaysia. Keputusan Makamah Syariah itu seharusnya menjadi contoh kepada Makamah Syariah di seluruh Negara. Para Hakim perlu berani membuat keputusan dan tidak harus takut dengan kuasa pemerintah pada hari ini. Keputusan hukuman itu perlu adil pada setiap orang yang melakukan kesalahan itu.

Enam sebatan, denda Rm5.000 menyedarkan dan pengajaran buat Kartika, ia lebih memahami kesalahan yang dilakukan itu lantas percaya bahawa hukuman Makamah Syariah adalah adil bagi dirinya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Sharizat Abdul Jalil amat terkejut dengan keputusan Makamah Syariah Kuantan itu, tetapi dalam Hukum Hudud hukuman bagi pesalah minum arak 40 kali sebatan malah ada Ulamak mengatakan sehingga 80 sebatan. Jika 40 sebatan hukuman dijatuhkan mungkin Menteri Pembangunan Wanita itu lebih terkejut lagi seolah-olah dihumban dari tingkat 14.





Hukuman Makamah Syariah itu tidak sama seperti hukuman Makamah Sivil sehingga mengangkat tangan melepasi paras bahu.
1-Tiada hukuman sebat pesalah wanita dalam kes sivil.
2-Bagi pesalah wanita hamil, hukuman sebat dijalankan selepas dua bulan melahirkan anak.
3-Pesalah wanita disebat dalam keadaan duduk manakala lelaki dalam keadaan berdiri.
4-sebatan dilakukan dalam kadar sederhana, tangan tukang sebat lurus, paras bahu dan tidak melebihi paras kepala.
5-Alat sebat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas dan buku.
6-Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter ukur lilit tidak melebihi o.012 meter.
Enakmen tatacara jenayah syariah 2002 Negeri Pahang.

Rabu, Julai 22, 2009

MANSUH ISA


Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Kuasa mutlak berkenaan ISA telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Melalui ISA, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan pihak polis menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri dan tempoh itu boleh disambung tanpa had maksimun.

Penahan boleh dibuat tanpa perlu membawa mereka yang dituduh ke mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak. Bermakna orang yang tidak bersalah juga boleh ditahan mengikut kehendak Menteri.

ISA BERCANGGAH DENGAN HAK ASASI MANUSIA DAN ARTIKEL 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN DI BAWAH ARTIKEL 5,6,7,8,9,10 DAN 11 DEKLARASI HAK ASASI ANTARABANGSA.

Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh warganegara Malaysia menyatakan bantahan dan mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta ISA sebelum anda dan keluarga anda menjadi mangsa kezalimannya.

Ahad, Julai 19, 2009

CHUA LOMPAT PKR


Petanda baik pilihanraya umum ke 13 sudah nampak di mata. PR perlu mengukuhkan kerjasama antara parti-parti PAS, PKR dan DAP untuk menuju kejayaan yang sempurna. Isu-isu terkini perlu di selesaikan secara profesional.

Keputusan Datuk Chua Jui Meng beralih arah ke PKR menampakan lagi kejayaan PR bakal ke Putra Jaya. Bekas menteri kesihatan itu telah mengumumkan keluar dari MCA untuk menyertai PKR di majlis forum anjuran PKR di sebuah hotel di bandar Sunway.

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenanjung untuk melakukan perubahan telah memberi semangat baru kepada Datuk Dr. Chua Jui Meng menyertai PKR disusuli pula trajedi yang menimpa Teoh Beng Hock. Beliau memegang jawatan selama 23 tahun sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri Muar, Johor. Turut bersama beliau menyertai PKR bekas ahli Parlimen Lumut.

Apa yang diharapkan lebih ramai lagi akan menyertai PR pada masa akan datang. Beg hitam tiada pada PR tetapi ada di Manek Urai.

KEMATIAN TEOH BENG HOCK

SPRM telah membuat siasatan salahguna peruntukan DUN di Selangor. Beberapa individu yang berkaitan telah dipanggil ke pejabat SPRM dibangunan Masalam untuk sisatan kes berkenaan.

Diantara yang di panggil untuk sisatan adalah Tan Beng Hock setiausaha politik exco kerajaan Selangor yang di temui mati di percayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang khamis. Teoh Beng Hock setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah exco pembangunan kampong baru Selangor.

Kematian setiausaha politik itu menjadi tanda tanya banyak pihak bagaimana ia boleh berlaku dipejabat SPRM itu, sedangkan siasatan dilakukan sehingga awal pagi. Suruhanjaya sisatan diRaja perlu ditubuhkan dengan segera untuk rakyat tahu bagaimana kematian tragis itu berlaku. SPRM haruslah dipertanggungjawabkan dengan kes kematian setiausaha politik itu.

Salahguna peruntukan DUN Selangor SPRM secara pantas melakukan siasatan sedangkan Banglo ala Bali bernilai RM24 juta terus menjadi tanda tanya.

Rabu, Julai 15, 2009

MANEK URAI

PRK Manek Urai di menangi oleh PAS dengan mejoriti sebanyak 65 undi, PAS perlu mengkaji kemenangan yang tipis di PRK Manek Urai. Adakah kerana isu isu perobohan rumah sembelih di Alor Star, Kampong Buah Pala di Pulau Pinang, tuduhan salah guna wang rakyat di Selangor atau tiada pembangunan di Manek Urai.

Kerajaan Kelantan perlu merancang pembangunan di Manek Urai yang mungkin menjadi penyebab mejoriti tipis atau pun pengundi di Manek Urai telah teruja dengan janji janji yang dibawa oleh BN. Jika pengundi memilih BN, Manek Urai akan menerima pembangunan meliputi kos sebanyak RM24 juta termasuk sebuah jambatan yang bernilai RM7 juta.

Bukan mudah untuk menuju kemenangan, PR perlu berhati hati dalam menangani isu semasa dan duri dalam daging yang terdapat di Jabatan Kerajaan yang ditinggalkan oleh BN. PR perlu menyelesaikan masalah dalaman secara bijak dan profesional untuk mencapai kemenangan pilihanraya ke 13. Taniah kemenangan PAS di Manek Urai.

Selasa, Julai 14, 2009

CECIBO BLOG MASIH DALAM PERCUBAAN

Ahad, Julai 12, 2009

PPSMI DIMANSUH ATAU DITANGGUH

PPSMI adalah tidak wajar untuk anak anak Malaysia khusunya anak anak Melayu sedangkan pengajaran di dalam bahasa melayu pun ada di antara anak anak melayu masih lemah. PPSMI seharusnya mendapat pandangan banyak pihak dan perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sebab pandangan pandangan para intelek negara akan membolehkan mencari kebaikkan dan keburukan seandainya PPSMI dilaksanakan. Haruskah pandangan para intelek dan perjuang bahasa di ketepikan semata mata untuk memenuhi impian atau pun kepentingan diri, sedang pemimpin yang berkaitan mempunyai kuasa selain mempunyai mata, telinga serta lidah untuk membuat keputusan supaya dimansuhkan dengan kadar segera.

Tahun 2012 adalah terlalu lama lebih banyak kelemahan akan berlaku terhadap anak anak melayu yang akan menerima akibat dari ditagguh atau dimansuh. Haruskah masa untuk memansuhkan PPSMI terlalu lama sehingga 2012 sedangkan untuk melaksanakan hanya mengambil masa selama enam bulan.

Peratus kecermerlangan semakin merosot terutama di sekolah luar bandar apabila PPSMI dilaksanakan dan apakah harapan Ibubapa terhadap anak anak yang mana mereka harapkan supaya berjaya di dalam mata pelajaran yang telah dibahasa inggeriskan itu sedangkan kebanyakkan Ibubapa hanya tahu YES, NO.