Sabtu, Mac 16, 2013

UMNO PERLEKEH 7 DOSA BESAR


Najib memperlekeh 7 dosa besar dalam Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Kelantan.

7 dosa besar itu yang ditujukan pada Pas:
1) Gagal mempertahankan kesucian agama Islam.
2) Membenarkan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
3) Gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan. 
4) Membenarkan pemimpin DAP membotakkan tanah tinggi Lojing.
5) Mempermainkan matlamat perjuangan Pas.
6) Dosa Tian Chua terhadap isu Lahat Datu.
7) Tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP).

Inilah fatwa baru Najib yang dicanang di Kelantan dan selepas itu lidah beliau kelu serta terperanjat beruk apabila melihat khemah-khemah terbang dipukul ribut yang berlaku di depan mata.
Kenapa ribut itu berlaku?     





Gambar-gambar khemah diterbangkan ribut.


Dan inilah kenyataan sebenar tentang dosa-dosa besar.
Bacaan surah An-Nisa', ayat 48-49:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.

Daripada hadis ini, dapat disenaraikan 7 dosa besar iaitu:
  1. Syirik kepada Allah
  2. Sihir
  3. Membunuh
  4. Makan harta anak yatim
  5. Makan riba
  6. Lari dari medan jihad
  7. Menuduh perempuan baik berdosa

Ulama menambah lagi berdasarkan kandungan daripada hadis-hadis Nabi SAW yang berasingan.
  1. Derhaka kepada ibubapa
  2. Berzina
  3. Minum Arak
  4. Berjudi
  5. Mencuri

Oleh itu, ada 12 dosa besar untuk dijauhi. Orang yang berdosa besar, solatnya tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecilnya berbanding dengan orang yang tidak melakukan dosa besar.
- Ustaz Dato' Abu Hasan Din - 

0 ulasan:

Catat Ulasan