Jumaat, Julai 15, 2011

BAJU KUNING BERSIH 2.0 DIRAGUT KAPTEN TUDM

Bersihnya T-shirt bersih 2.0 sebersih hati pemakainya yang mempunyai semangat juang yang tinggi menyebabkan ada dikalangan umno BN fobia dan troma apabila melihat akan warna kuning yang menyucuk mata sehingga menyampahnya sampai kehati nurani walau memakai kacamata hitam sekalipun. Saya juga tertarik dengan T-shirt bersih yang lagi suci bersih yang susah nak dapatkannya, semua kawan kawan bertanya nak beli tang mana? Kesempatan saya ke Kuala Lumpur dua minggu sebelum perhimpunan bersih saya berjaya juga akhirnya mendapat T-bersih melalui kawan kawan, benda ada nak dapatkannya susah.

Satu kes terpencil nun di Sg. Dua Butterworth berlakulah episod kejar mengejar diantara motorbike mengejar motor kapcai, hanya sekali pulas minyak saja dah dapat motor kapcai tu yang penunggangnya remaja memakai T-bersih kuning barang siapa melihatnya pasti tertawan jika umno BN memandangnya tidak keruan dan tak boleh tidur malam.

Maka dapatlah moto kapcai yang dikejar itu, kapten yang menungang motorbike terus menunjukkan kad kuasa tentera TUDM, terbeliak mata remaja motor kapcai tu sambil merasa hairan. Kapten suruh remaja kapcai buka T-bersih yang dipakainya lalu merampas T-bersih itu dan berkata "kalau hang nak baju ni hang pi ambik kat ghumah aku, faham". Mat kapcai hanya terkedu tak memakai baju dan memang dah tahu yang rampas baju tu umno piang.

Apakah kita boleh sewenang wenangnya menggunakan kad kuasa tentera di mana mana?
Apakah kad kuasa itu melangkaui kuasa kuasa polis?
Tidak malukah kepada jiran jiran atas tindakan itu?

Berlagaknya kita orang kampung yang akan perhatikan, sekarang satu kampung dah tahu cerita guna kuasa bukan di tempatnya. Kapten baru setahun jagung............

0 ulasan:

Catat Ulasan