Isnin, Julai 25, 2011

TIPU ATAU BOHONG

Pilihanraya semakin hampir hanya menunggu semboyan berbunyi saja. Kelu kelunya semakin kerap didengar tetapi soal nak bersihkan pilihanraya nampaknya jauh panggang dari api dan tidak pula kedengaran gendang dipalu oleh SPR. Kisah lama empat tuntutan yang dituntut oleh bersih terdahulu pun tidak kedengaran akan dikaji apatah lagi tuntutan bersih 2.0 yang lapan baru baru ini pun mungkin dibakul sampahkan. Nak kata SPR ni tak ada otak untuk berfikir, mata tidak melihat, telinga tidak mendengar tidak mungkin sebab mereka yang meneraju badan itu adalah orang yang berpendidikan tinggi lagi pandai berbicara, berkata kata seperti orang politik lagaknya seolah olah senada dan seirama suaranya semacam bunyi UMNO apabila ia menyalak. Hanya kekuatan dalaman saja yang boleh membetulkan diri mereka ini, apa dia? Mati itu benar, seksaan neraka itu benar dan lagi............. Tentang semua ini mereka kufur dan hanya mendengar "aku suruh buat, buat!" mengikut telunjuk UMNO.

Buat masa terdekat ni tolonglah jangan buat CPR kat siapa siapa pun bahaya, kenapa bahaya? Boleh menyebabkan tulang rusuk patah, bukan satu bukan dua tetapi tiga dan Doktor tidak boleh mengeluarkan lapuran sebab sebab kejadian kemalangan itu. Kalau Doktor nak masukkan saluran paip getah kat mulut kata "nanti dulu" tanya kat Doktor tu boleh patah gigi ke tak? Mana tahu kot kot terpatah gigi kan kantoi. Video terlampau pak polisi dah pun ditayangkan di media elektronik pengampu UMNO BN, riuh rendahlah suku sakat, puak puak Umno di kampung kampung, dikedai kedai kopi, dipasar pasar dan diseluruh Malaysia amnya, percaya akan cerita lakonan yang telah di edit dan di arahkan oleh pembesar pak polisi itu. Kalau setakat nak tipu suku sakat, puak puak Umno yang telah pun tertipu, tak usahlah nak berbohong dengan cerdik pandai PAS, PKR dan DAP. Zaman IT ni kalau tayang gambar video yang mengatakan Polis itu menggunakan cara yang betul hanya buat lawak saja apatah lagi gambar video versi hitam putih tu, alahai kalau nak tipu atau bohong tengok dulu rakyat Malaysia cerdik atau bodoh. Sekarang ni DUNIA TANPA SEMPADAN, yang tak berapa cerdik tu hanya dari parti cap keris.

0 ulasan:

Catat Ulasan