Khamis, Julai 21, 2011

KANISTER OH KANISTER

Kanister ialah gas pemedih mata yang ditembak ketika perhimpunan bersih pada 9 july lalu. Apakah benar dakwaan yang mengatakan kanister yang digunakan PDRM ketika menyuraikan perhimpunan bersih yang lalu pernah digunakan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang boleh mengakibatkan kerosakkan saraf. Apa pun cara yang digunakan untuk menyuraikan perhimpunan itu adalah tidak bertepatan kerana bersih telah menjanjikan perhimpunan itu aman.

Perhimpunan bersih yang lalu memang patut diadakan untuk memberi peringatan terhadap SPR supaya jika diadakan pilihanraya rakyat mahu pilihanraya yang paling bersih di dunia. Jangan ada lagi rakyat merungut dan marah kerana nama ditukarkan ke pusat pengundi ke tempat lain, inilah satu daripada contoh yang berlaku pada pilihanraya pilihanraya lalu. 8 tuntutan haruslah dipenuhi setelah sekian lama SPR mengotorkan pilihanraya. Rakyat berhak memilih, rakyat berhak mengundi di tempat asal mereka mengundi dan perlu dengar komen dari rakyat.

Teramat kesian sekali apabila seorang pengundi dihalau dari pusat mengundi hanya kerana beliau nak perbetulkan dan bertanya kenapa kertas undi dilapiskan dengan lilin, apabila nak menanda pangkah di petak PKR karbon pencil tidak boleh melekat di petak berkenaan. Inilah yang berlaku di Permatang Pauh.

"BERSHKANLAH"

0 ulasan:

Catat Ulasan