Sabtu, Julai 16, 2011

SUARA DARI MIMBAR

Kalau sebut saja barang naik itu berkaitan dengan Umno BN, apa saja naik pada masa ini itulah Umno BN, pelopor segala kenaikkan. Bila diajukan persoalan tentang kenaikkan minyak kepada wakil wakil bawahan Umno BN mereka kata "ingat minyak boleh dikorek kat parit, kat longkang ka", inilah jawapannya. Kalau boleh korek kat parit longkang, stesyen minyak pun boleh tutup dan rakyat jelata korek parit longkang saja dah dapat minyak.

Angin bersih 2.0 masih lagi bertiup kencang, kedengaran di sana sini perkataan yang diharamkan dan pantang disebut, tidak boleh didengar oleh Umno BN yang seakan fobia mendengarnya yang hanya suka akan kekotoran saja selain dari bersih. Perkataan bersih amat menyakitkan telinga Umno BN apabila mendengar bersih bersih bersih. Adakah Umno BN marah jika kita laungkan Umno BN kotor Umno BN kotor Umno BN kotor. Tentulah marah........

Umno BN sememangnya tidak suka akan bersih sehingga terdengar suara dari mimbar masjid mempertikaikan akan kehadiran sesiapa pun diperhimpunan bersih adalah bodoh bertarikh pada jumaat 8 july 2011, tidak habis di situ kedengaran sekali lagi di mimbar yang sama pada 15 july 2011 khatib telah menghukumkan sesiapa yang menyertai perhimpunan bersih boleh dihukum pancung. Hebat........ memang hebat......... Teluk Bakung, Parit, Perak memang terkenal dengan Umnonya sehinggalah ke masjidnya dan ahli jawatan kuasa yang sangat totok keUmnoannya. Tidakkah berasa malu mengutuk pas berpolitik di dalam masjid sedangkan diri sendiri menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

"Wahai ahli ahli Umno sedarlah perbuatan menipu itu hanya merosakkan diri sendiri, marilah berjuang kejalan yang benar dan nyata untuk kebaikkan dunia dan akhirat bersama sama menyertai PAS".

0 ulasan:

Catat Ulasan