Ahad, Julai 17, 2011

TUMBUK ANWAR ATAU TUMBUK POLIS

Kalau ya pun marah takkan sampai nak tumbuk Anwar yang dah pun kena tumbuk. Siapa yang tumbuk Anwar? Siapa lagi kalau bukan bapak polisi yang dulu tu yang suka berdehem................ Kenapa nak tumbuk Anwar? Sebab depa kata Anwar dah bagi rugi kenduri dia, pulak dah! Kerugian RM 45 ribu, wau! banyaknya, dah buat report ka? Dah, tuduh Anwar yang rugikan. Seluruh jalan kat Kuala Lumpur polis yang tutup bukan Anwar yang suruh tutup tapi kenapa Anwar nak disalahkan. Tutup jalan kerja polis yang suruh menteri Umno bukan Anwar yang suruh Anwar tidak mempunyai sebarang kuasa. Harap puan Kamariya tuduh polis dan menteri Umno yang bertanggungjawab, bersih perhimpunan aman nak tuntut SPR supaya adil dan bebas, jangan buat kerja ikut telunjuk Umno. Nama pengundi tukar sana tukar sini, buat aduan tak layan pun, berbuih mulut ahli parlimen pakatan rakyat suruh perbetulkan tapi haram tak buat, tak dengar pun....... tu nak suruh ikut saluran yang betul, saluran yang betul tang mana? Kata kata pengerusi SPR macam senada dan seirama saja bunyinya dengan Tuan Presiden Umno.

Pusat hiburan di seluruh negeri Kedah akan ditutup operasinya pada bulan ramadhan, Menteri Besar melawak saja tu. Ditutup untuk rakyat yang berugama Islam, nak suruh mereka menghormati bulan ramadhan dan bertaubat. Jangan dok seronok suka sangat pada bulan ramadhan nanti, ramai ramailah mengimarahkan masjid. Jangan jadi macam blogger Umno tu pandai nak menegur moral orang tapi dok teguk ayaq(air) setan, moral sendiri tak terjaga.

Kawan saya bangsa cina cerita, dulu dia selalu pergi minum minum kat satu pub di Auto City, Prai, dia kata kat situ tak boleh tahan. Saya tanya kenapa? Wah........ wa(saya) tak boleh tahan kat itu pub banyak melayu, dia olang kalau mabuk aaa suka laba laba wa punya badan, ini melayu kalau mabuk minum satu botol serupa minum sepuluh botol oooo. Sekarang wa tak pergi itu pub tak boleh tahan, wa pi lagi satu punya pub sana ada banyak pompuan melayu............ minum pun banyak senang, talak olang kacau........


Dimanakah Umno nak letak moral kemelayuannya yang mengaku Islam dan menuduh PAS tidak Islamik.

0 ulasan:

Catat Ulasan