Selasa, Julai 19, 2011

HIKMAT BATU BERDIRI


"Cenderawasih burung di awan, terbang mendongak kelangit jatuh bulunya ketanah menjadi zamrud, menjunam kebawah jatuh bulunya menjadi delima, kekanan jatuh bulunya menjadi intan, kekiri jatuh bulunya menjadi nilam, kalau jatuh sekor sekor tak tau jadi apa........."

Bila sebut saja batu macam macam batu dok ada, batu jalan(JKR), batu serai wangi, batu berdiri, batu karang, batu delima, intan, berlian, permata, nilam, zamrud dan tak lupa juga kepala batu. Batu mempunyai nilai komersial dan ada hubung kaitnya dengan manusia, ada orang peminat batu dan ada pula yang tak minat langsung pasal batu batu ni. Yang banyak orang terlupa ialah batu dua, faham fahamlah batu dua ni jangan kita dok lupa sangat sebab "Melayu mudah lupa", siapa kata? Mamak memanda menteri laa...... La ni mantan memanda menteri dok beletiaq nu tak kena ni pun tak kena. Laa ni tak kata pa pun sebab anak dia Marina dok pekenan kat bersih.

Bila cerita pasal batu mesti dikaitkan dengan cincin, teringat kawan kawan suatu ketika dulu nak cari batu cincin serai wangi sebab ada berkat kalau disarungkan kat jari manis, harga pun masa tu tak la mahal sangat kira boleh beli la......... Tapi cincin la ni mahal sangat sebab orang tertentu saja yang boleh membelinya. Setakat 20 ke 50 ringgit tak jadi hal la..... boleh sarung nampak cantik kira ok la....... tapi tak boleh la nak lawan dengan "First Lady" hampa nu......, tak reti nak cerita cincin dia dok boh batu pa, nak kata batu jalan(JKR) takkan kot, merapu aih..... mana ada orang dok boh batu jalan tapi mahal bukan main, batu jenama pa pun tak tau tapi harga dia sekitaq RM 73 juta! Dari kecil kecil lagi saya menabung dah, lebih duit blanja sekolah saya simpan sikit dalam tabung yang dibuat dari buluh tapi heran juga dah tua tua ni dok rasa teringin nak pakai cincin yang lagu "First Lady" beli tu..... top top tak boleh beli depa kata tak cukup duit, pulak dah! Dok simpan duit dari kecil tak cukup lagi? Gila ka pa? Macam mana "First Lady" boleh beli? Dok korek duit tang mana? Sapa dok bagi kat dia?

0 ulasan:

Catat Ulasan