Rabu, Julai 20, 2011

VIDEO BERSIH TERLAMPAU

Pada minggu ini kita ramai ramai menonton video filem yang akan ditayangkan di media electronik kebanggaan Umno BN atas tajaan PDRM yang bertajuk "BERSIH TERLAMPAU", secara percuma. Sediakanlah makanan ringan kegemaran anda seperti keropok lekor untuk dikunyah dan Tea O panas ketika menonton. Video filem ini tidak terdapat di mana mana walau di kedai lima bintang sekali pun, jauh sekali di supermarket. Tapi awas video filem ini hanya untuk mereka yang berfikiran kurang waras saja tidak suka kepada kebersihan. Dipertontonkan dalam versi warna sebab sekarang ini zaman serba canggih dunia tanpa sempadan, walaupun masih ada lagi pengeluar filem mengeluarkan filem mereka dalam versi hitam putih dan hanya ada satu saja, tidak ada dua tiga.......

Video filem yang dibuat dalam versi hitam putih tu dengar ceritanya tulin, tapi tak tau pula tulin tang mana, video filem tu ka atau pelakonnya. Ish.... takkan kot! Nak juga dikatakan video filem itu tulin, depa hantar sampai Amerika nu... bawak pi jumpa profesor profesor Amerika. Hulur pi hulur mai sah laa tulin........, depa dok pekena kita lagu tu la....... Baik kat depa buruk kat kita.

Video filem yang depa nak bagi kita tengok ni dalam versi warna, ada warna kuning, merah dan biru gelap. Selalunya bila kita menonton filem perang tentu ada pihak baik dan pihak musuh, hampa pikiaq sendiri laa pihak baik tu sapa dia...... Warna apa? Yang jahat tu depa boh warna kuning bersih dan berseri. Tak sabaq dah aih... nak tengok gambaq tu.... Depa nak kelentong apa pulak kali ni..... nak bagi tok wan, pakcik, mak cik, mak ngah, mak lang, tok lang percaya bahawa pihak keselamatan berada dipihak yang benar dan kuning bersih berada pada jalan yang salah, sedangkan mereka akan menenggelamkan isu isu tuntutan 8 perkara terhadap SPR dengan mengujudkan isu isu video untuk membersihkan kekotoran yang mereka ciptakan.

Awas jangan biarkan mereka menghakiskan tuntutan 8 perkara itu terhadap SPR.

0 ulasan:

Catat Ulasan