Isnin, Julai 11, 2011

BERSIH 2.0


B-Berdikari E-Emosional R-Ramah S-Suci I-Idealistik H-Harum
Siapa yang tak mahu bersih, semua orang mahu BERSIH, semua orang suka BERSIH, kanak kanak sehingga orang dewasa pun mahukan BERSIH. Kenapa Umno BN tak suka BERSIH? Kerana Umno BN lebih suka kepada kekotoran untuk terus kekal berkuasa dan memerintah negara supaya rakyat percaya negara Malaysia adalah kepunyaan Umno dan Barisan Nasional sebagaimana sekarang ini telah tercatit di seluruh negara iaitu perkataan yang amat meloyakan dan suka menunjuk nunjuk kebaikan, perbuatan mereka kepada rakyat yang tidak boleh berfikir dan diperbodohkan "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Wujudkah kerajaan Barisan Nasional itu? Inilah kerajaan haram, yang halal hanya KERAJAAN MALAYSIA yang berpelembagaan.

Tujuan perhimpunan BERSIH diadakan untuk memBERSIHkan segala kekotoran yang ditelah dikotorkan oleh Umno BN, untuk memBERSIHkan segala kekotoran itu, BERSIH membawa 8 tuntutan untuk disampaikan kepada YANG DIPERTUAN AGONG. Apakah benda yang kotor dan tersangat kotor itu? Dan apa yang perlu diBERSIHkan?
Senarai tuntutan yang perlu diBERSIHkan yang telah dikotorkan oleh Umno BN:
  1. BERSIKAN SENARAI UNDI
  2. MEREFORMASIKAN UNDI POS
  3. GUNAKAN DAKWAT KEKAL
  4. AKSES MEDIA BEBAS + ADIL
  5. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Kenapa Umno BN troma dan fobia dengan perhimpunan BERSIH dan senarai tuntutan di atas? Sedangkan mereka sendiri yang cipta kekotoran itu dan kenapa mereka gentar dengan gertakkan BERSIH. Kenapa gunakan pasukan keselamatan(PDRM) untuk menyelamatkan diri dari BERSIH. Ayoh marilah kita berfikir sejenak untuk membetulkan dan menyelamatkan negara kita ini diperintah oleh Umno BN.

"WAHAI PEMUDA PEMUDI HARAPAN BANGSA, PENGUNDI PEGUNDI AYOH KITA BUAT PERUBAHAN UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA DARI DIKOTORKAN LAGI OLEH UMNO BN".

0 ulasan:

Catat Ulasan